Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » RM182 bilion lesap, Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto
    Global

    RM182 bilion lesap, Korea Selatan buru pengasas mata wang kripto

    adminBy admin20/09/2022Updated:20/09/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SEOUL | Pihak pendakwa raya Korea Selatan meminta Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Do Kwon iaitu pengasas kepada matawang kripto, Terra selepas individu terbabit enggan bekerjasama berhubung siasatan terhadap wang berjumlah AS$40 bilion (RM182.3 bilion) yang lesap selepas Terra runtuh.

    Seorang pegawai daripada Pejabat Pendakwa Raya Daerah Selatan Seoul memberitahu, AFP hari ini bahawa mereka telah meminta pihak berkuasa membatalkan pasport Korea Selatan Kwon dan berkata, suspek kini melarikan diri daripada undang-undang.

    “Kami memulakan prosedur untuk memasukkan dia ke dalam senarai notis merah Interpol dan membatalkan pasportnya,” kata pegawai berkenaan sambil menambah, Kwon memberitahu menerusi pasukan peguamnya bahawa dia tidak akan memberi kerjasama.

    Keruntuhan platform Terraform awal tahun ini menyebabkan wang pelabur-pelabur berjumlah AS$40 bilion lesap dan menggemparkan pasaran mata wang kripto dunia.

    Sebuah mahkamah Korea Selatan mengeluarkan waran tangkap terhadap Kwon, 32, yang berlepas dari Korea Selatan menuju ke Singapura menjelang keruntuhan Terra.

    Persoalan tentang lokasi keberadaan Kwon semakin panas selepas Polis Singapura menyatakan pada hujung minggu lalu bahawa suspek tidak berada di pulau itu.

    Kwon yang masih aktif di laman Twitter menafikan kelmarin bahawa dia melarikan diri daripada undang-undang tetapi tidak mendedahkan lokasi persembunyiannya. – SUMBER: AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLeher terdedah, Nabila Razali ditegur
    Next Article Azri berlinangan air mata atlet Perlis ‘kantoi’ doping
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.