Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 500,000 Tempat Duduk Percuma Terjual, AirAsia Pecah Rekod Dalam Tempoh 48 Jam
    Am

    500,000 Tempat Duduk Percuma Terjual, AirAsia Pecah Rekod Dalam Tempoh 48 Jam

    adminBy admin22/09/2022Updated:22/09/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Walaupun menerima banyak rungutan daripada pelanggan tetapi nampaknya promosi 5 juta tempat duduk percuma AirAsia tetap mendapat sambutan hangat apabila setengah juta tempat duduk dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja.

    Bagi merangsang lagi pemulihan industri perjalanan dan pelancongan di rantau ini, AirAsia telah melancarkan jualan 5 juta tempat duduk percuma pada hari Isnin yang lalu dan jualan ini akan tamat pada 25 September 2022.

    Walaupun menerima banyak rungutan daripada pelanggan tetapi nampaknya promosi 5 juta tempat duduk percuma AirAsia tetap mendapat sambutan hangat apabila setengah juta tempat duduk dijual bagi penerbangan jarak dekat dan jauh dalam masa 48 jam sahaja.

    Bagi merangsang lagi pemulihan industri perjalanan dan pelancongan di rantau ini, AirAsia telah melancarkan jualan 5 juta tempat duduk percuma pada hari Isnin yang lalu dan jualan ini akan tamat pada 25 September 2022.

    Ini merupakan satu pencapaian luar biasa untuk syarikat penerbangan dan industri pelancongan secara keseluruhan berikutan sekatan perjalanan yang hampir tiga tahun.

    Malah, ia merupakan jualan pecah rekod untuk AirAsia dengan jumlah tempat duduk tertinggi dijual pada setiap hari sejak bermulanya COVID-19. Antara destinasi jarak dekat popular yang telah ditempah adalah Langkawi, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu di Malaysia serta Phuket, Krabi dan Chiang Mai di Thailand, Bali di Indonesia dan Cebu di Filipina.

    Manakala penerbangan jarak jauh melalui AirAsia X dan Thai AirAsia X turut tersedia dengan tambang lebih nilai bermula daripada RM499 (termasuk cukai dan caj berkenaan) ke destinasi popular dari Kuala Lumpur dan Bangkok ke Korea Selatan, (Seoul), Australia (Melbourne, Sydney, Perth, Auckland), India (New Delhi) dan destinasi baharu ke Timur Tengah (Jeddah) dan Jepun (Tokyo dan Sapporo).

    Sementara itu, jika anda mahu dapatkan deals terbaik setiap masa, anda boleh dapatkan pas SUPER+ kerana ia membolehkan anda untuk membeli tiket penerbangan dengan harga yang murah.

    Jika anda mahu jadi pemegang pas SUPER+ bolehlah dapatkan di website AirAsia dan gunakan refferal code ini 26FB34658E4555 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM10 ketika pembelian pas. SUMBER: VOCKET

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLelaki telan cicak, lipan hidup-hidup kerana rasanya lazat
    Next Article Program pemulihan banduan dalam komuniti jimat kos operasi RM270 juta
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.