Presiden Iran, Ebrahim Raisi membatalkan temu bual dengan wartawan senior CNN, Christiane Amanpour kerana menolak permintaan saat akhir yang meminta dirinya mengenakan tudung.
Amanpour menolak permintaan itu dengan baik, kira-kira 40 minit sebelum temu bual yang disiarkan secara langsung dijadualkan bermula.
Temu bual itu dijadualkan sempena kehadiran Ebrahim dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Difahamkan, permintaan tersebut dibuat oleh Ebrahim memandangkan Amanpour berasal dari Iran.
Amanpour merupakan Ketua Wartawan Antarabangsa agensi berita itu yang dibesarkan di Teheran dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Parsi dengan fasih.
Wanita itu berkata, dia pernah memakai tudung kepala semasa bertugas di Iran sebagai mematuhi undang-undang dan adat tempatan.
“Jika tidak, anda tidak boleh melakukan tugas sebagai wartawan.
“Namun, menutup kepala untuk menjalankan tembu bual dengan seorang pegawai Iran di luar Iran bukan perkara yang perlu dipatuhi.
“Saya tidak pernah diminta oleh mana-mana Presiden Iran untuk memakai tudung ketika di New York atau di mana-mana negara di luar Iran. Malah, saya pernah menemu bual setiap seorang daripada mereka sejak 1995,” katanya.- SUMBER: CNN