KUALA LUMPUR | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Ismail Sabri tidak memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Dewan Rakyat ketika majlis menghadap di Istana Negara.
Istana Negara dalam kenyataan di Facebook memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima menghadap Perdana Menteri untuk mesyuarat pra-Kabinet.
“Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mesyuarat pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.
“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” katanya.