KUALA LUMPUR | Isi rumah berpendapatan RM2,500 atau kurang atau menanggung lima anak layak menerima bantuan RM2,500 di bawah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bermula tahun hadapan.
Bantuan itu disediakan oleh kerajaan dalam Bajet 2023 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tengku Zafrul menerusi pembentangan bajet itu berkata, ianya adalah kategori baru dan sebagai usaha kerajaan untuk meringkakan beban rakyat yang menyara ramai anak.
“Bagi isi rumah yang menanggung sehingga empat anak pual layak menerima antara RM1,000 hingga RM2,000.
“Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000 layak menerima RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak,” katanya dalam pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini.