Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Robot anjing China jalani latihan ketenteraan, lengkap dengan mesingan
    Global

    Robot anjing China jalani latihan ketenteraan, lengkap dengan mesingan

    adminBy admin07/10/2022Updated:07/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Robot ini dilengkapi dengan mesingan ringan yang boleh melepaskan 650 das tembakan seminit. - Weibo

    BEIJING | Satu rakaman video mengejutkan telah didedahkan oleh kontraktor pertahanan China yang memaparkan robot anjing menggunakan mesingan sedang diangkut menggunakan dron, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

    Rakaman itu dimuat naik di laman web blog mikro China, Weibo dan menunjukkan dron menghampiri atas sebuah bumbung sambil mengangkut sebuah robot anjing bersenjata.

    Dron itu meletakkan robot itu di atas bumbung berkenaan sebelum mesin ‘robodog’ itu mula bergerak dan meneroka lokasi baharunya.

    Rekaan itu dipercayai dilengkapi mesingan ringan QBB-97 buatan China yang dipasang pada belakangnya, demikian menurut laporan oleh The War Zone.

    Tiada pengesahan sama ada klip itu berasal daripada latihan ketenteraan China.

    Ia dimuat naik oleh akaun Weibo yang disahkan, ‘Kestrel Defense Blood-Wing’ iaitu syarikat yang dipercayai mempunyai kerjasama secara langsung dengan syarikat China, Kestrel Defense.

    “Dron tugas berat Red Wing Forward menghantar robot anjing tempur yang melancarkan serangan mengejut atau boleh diletakkan di atas bumbung sebagai pengawal.

    “Tentera darat boleh menggunakan robot ini untuk melakukan serangan penyepit tiga dimensi ke atas musuh di dalam bangunan,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

    Menurut The War Zone, mesingan di belakang robot anjing itu boleh menembak sehingga 650 das tembakan seminit. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePRU15: Mansuh saja Met Malaysia jika enggan terima nasihat
    Next Article Surah Al-Mulk Mengajar Kita Menjadi Manusia Yang Lebih Baik
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.