Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 22 bulan PH tadbir tidak seperti yang dicanangkan sebelum jadi kerajaan
    Politik

    22 bulan PH tadbir tidak seperti yang dicanangkan sebelum jadi kerajaan

    adminBy admin10/10/2022Updated:10/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Hilman Idham menolak tuduhan beliau pengkhianat selepas bersama sekumpulan bekas pemimpin parti itu dalam Langkah Sheraton.

    Muhammad Hilman yang juga ADUN BERSATU Gombak Setia berkata, beliau juga tidak pernah melompat parti sebagaimana didakwa oleh pemimpin PKR, sebaliknya menyertai BERSATU selepas dipecat.

    “Selepas itu, saya digelar pengkhianat. Saya tidak takut digelar pengkhianat. Saya ada prinsip dan integriti.

    “Saya berhijrah ke BERSATU disebabkan hendak selamatkan rakyat dan negara kerana kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) mentadbir tidak seperti yang dicanangkan sebelum jadi kerajaan.

    “Saya tahu, sebab saya bersama kerajaan PH selama itu. Kelakuan dan tindak tanduk PH dalam kerajaan dan di luar kerajaan sangat berbeza, malah lebih dahsyat daripada kerajaan UMNO, Barisan Nasional (BN),” katanya.

    Beliau berkata demikian berucap pada Persidangan Agung Tahunan Armada, Srikandi dan Srikandi Muda BERSATU Bahagian Gombak, di sini pada Sabtu.

    Persidangan itu dirasmikan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

    Muhammad Hilman juga tidak gentar dengan ura-ura Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

    Mengulas mengenai tindak tanduk kerajaan PH, beliau menjelaskan sebaik menang, kerajaan itu tidak memberi keadilan kepada rakyat, sebaliknya mentadbir secara rakus dengan orang Melayu dan Islam dilihat seperti ditindas.

    Katanya, itulah punca beberapa pemimpin PKR dan PH bertindak berhijrah ke BERSATU, hanya kerana hendak menyelamatkan rakyat dan negara.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBERSATU Indera Mahkota lancar skuad bencana bantu mangsa banjir
    Next Article Kerajaan disaran teruskan usaha ESSZONE elak kejadian tidak diingini
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.