Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bayi tiga bulan mati dipercayai dipukul bapa penagih dadah
    Am

    Bayi tiga bulan mati dipercayai dipukul bapa penagih dadah

    adminBy admin11/10/2022Updated:11/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ALOR SETAR | Malang nasib seorang bayi berusia tiga bulan yang ditemukan meninggal dunia dipercayai dipukul oleh bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Teluk Jawa, Padang Hang di sini.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, bayi berkenaan ditemukan ketika anggota Jabatan Siasat Jenayah (JSJ) daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) menyerbu rumah lelaki berusia 28 tahun, Ahad lalu.

    “Ketika serbuan pada pukul 2.50 petang itu suspek dalam keadaan berkhayal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif methamphetamine. Hasil soal siasat polis, suspek mengaku memukul bayi berkenaan kerana enggan minum susu dan menangis tanpa henti.

    “Suspek kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

    Menurut beliau, mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

    “Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat hentakan benda tumpul. Polis masih menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes ini,” katanya.

    Difahamkan, serbuan dibuat setelah polis menerima aduan berhubung penemuan mayat mangsa di rumah suspek itu.- SUMBER: UTUSAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN Melaka mulakan gerak kerja awal
    Next Article Kenali Imam Bukhari, Tokoh Yang Membukukan Sahih Al-Bukhari
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.