Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Stadium Kanjuruhan tidak sesuai anjur perlawanan berisiko tinggi
    Global

    Stadium Kanjuruhan tidak sesuai anjur perlawanan berisiko tinggi

    adminBy admin11/10/2022Updated:11/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pasukan Pencari Fakta Bebas Bersama (TGIPF) memaklumkan bahawa Stadium Kanjuruhan di Malang tidak sesuai untuk mengadakan perlawanan bola sepak berisiko tinggi, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia kelmarin.

    Kesimpulan itu dicapai selepas TGIPF melawat sendiri stadium tersebut dan meminta penjelasan daripada beberapa pihak.

    “Kesimpulannya, stadium ini tidak sesuai untuk mengadakan perlawanan berisiko tinggi,” kata anggota TGIPF, Nugroho Setiawan.

    Menurut beliau, pengiraan secara konkrit diperlukan untuk mengadakan perlawanan berisiko tinggi. Salah satunya adalah berkaitan dengan cara untuk mengeluarkan penonton sekiranya berlaku kecemasan.

    Bagaimanapun, menurut pemegang lesen FIFA dan Pegawai Keselamatan AFC, Stadium Kanjuruhan masih mampu mengadakan perlawanan dengan risiko sederhana atau rendah.

    Nugroho berkata, struktur stadium itu perlu diubah pada masa hadapan supaya sesuai untuk perlawanan berisiko tinggi.

    Antara aspek yang perlu diambil kira termasuk struktur tangga. Berdasarkan piawaian keselamatan, ketinggian anak tangga perlu dibina kira-kira 18 sentimeter (sm) dan lebar 30 sm.

    Bukan itu sahaja, lebar tangga di Stadium Kanjuruhan tidak sesuai untuk orang ramai.

    “Perlu diletakkan pagar untuk berpegang kerana pagar sedia ada tidak diselenggara. Akibat tekanan yang besar, pagar itu patah dan mencederakan mangsa,” katanya.

    Insiden rempuhan di stadium berkenaan menyebabkan 131 orang maut dan beratus-ratus penonton cedera. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBERSATU Terengganu jangka agihan kerusi PN selesai dalam masa terdekat
    Next Article BERSATU yakin PAS konsisten terus bersama PN
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.