Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Milan mati akal lawan Chelsea
    Sukan

    Milan mati akal lawan Chelsea

    adminBy admin12/10/2022Updated:12/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    CHELSEA melengkapkan kemenangan berganda ke atas AC Milan untuk mendahului Liga Juara-Juara Kumpulan E dengan kemenangan 2-0 di San Siro ketika tuan rumah terpaksa bermain sebahagian besar perlawanan dengan 10 pemain.

    Selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas kelab Itali itu di London, minggu lalu, tugas Chelsea di stadium lama Milan yang terkenal itu menjadi lebih mudah selepas pemain pertahanan tuan rumah, Fikayo Tomori dibuang padang, diikuti sepakan penalti pada minit ke-17.

    Jorginho menyempurnakan sepakan penalti selepas bantahan Milan reda, sebelum penyerang Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol untuk perlawanan ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan bagi menggandakan kelebihan Chelsea pada minit ke-34.

    Kekurangan seorang pemain tidak menyebabkan Milan putus asa mencari penyamaan pada separuh masa kedua. Pemain pertahanan, Sergino Dest, mensia-siakan peluang terbaik walaupun berada di posisi yang baik.

    Chelsea tidak berdepan masalah untuk mempertahankan kedudukan dengan kemenangan itu memberikan tujuh mata daripada empat perlawanan, satu mata di hadapan RB Salzburg serta tiga mata di hadapan Milan dan Dinamo Zagreb.

    “Datang ke sini dan menang bukan mudah. Penghargaan kepada pemain. Mereka sangat bagus. Kami agak bernasib baik kerana Milan kehilangan seorang pemain. Bertuah mendapat penalti dan bagus untuk Jorginho menjaringkan gol. Secara keseluruhan prestasinya bagus,” kata Potter.

    Layak ke peringkat kalah mati sebelum ini kelihatan agak sukar untuk Chelsea selepas kekalahan mengejut pada aksi pembukaan kumpulan di Dinamo Zagreb, diikuti keputusan seri dengan Salzburg di tempat sendiri.

    Namun kemenangan ke atas juara tujuh kali Piala Eropah dan juara Serie A, Milan minggu lalu menghidupkan semula harapan Chelsea untuk terus bersaing dan ini dibuktikan dengan kemenangan sekali lagi di Milan.

    “Penalti dan kad merah mengubah segala-galanya. Chelsea tidak perlu bermain dengan kelebihan ini.

    Saya tidak mahu lihat semula kejadian kad merah itu. Nampaknya terlalu jelas. Saya tidak mahu ulas. Saya beritahu pengadil apa yang saya fikirkan, bahasa Inggeris saya tidak baik sangat, tetapi saya rasa pengadil faham,” jurulatih Milan, Stefano Pioli.- AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMahkamah gugur pertuduhan terhadap Adnan Syed
    Next Article Hujan lebat, terowong SMART ditutup
    admin
    • Website

    Related Posts

    Luqman ledak gol pertama bersama Njardvik

    21/04/2023

    PSBNK azam mantapkan sukan Boksing di Kelantan

    14/03/2023

    Liverpool belasah Manchester United 7-0

    06/03/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.