PH akan mengumumkan sama ada negeri ditadbirnya akan turut mengadakan pilihan raya peringkat negeri serentak dengan PRU15 atau tidak, dalam tempoh 48 jam lagi.
Negeri tersebut adalah Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Ia selepas PH Pulau Pinang mencadangkan agar keputusan untuk menangguhkan pilihan raya peringkat negeri selepas musim tengkujuh dibatalkan.
“Kita ada berbincang tentang perkara itu dan searang ini ada beberapa perkara khusus sedang diteliti.
“InsyaAllah dalam masa terdekat, kepimpinan PH sama ada Majlis Presiden atau kepimpinan peringkat negeri akan buat pengumuman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden PH hari ini.
Terdahulu, Majlis Presiden PH memutuskan DUN di negeri yang ditadbir gabungan itu tidak akan dibubarkan sehinggalah musim tengkujuh berakhir.
Namun kepimpinan DAP Pulau Pinang dilihat mempunyai keraguan terhadap keputusan itu.
Laporan Malaysiakini yang memetik sumber semalam melaporkan kepimpinan DAP Pulau Pinang telah memutuskan pilihan raya peringkat negeri perlu diadakan serentak dengan PRU15. SUMBER: MALAYSIAKINI