Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Impi ‘lahirkan’ lebih ramai pengadil muda
    Sukan

    Impi ‘lahirkan’ lebih ramai pengadil muda

    adminBy admin13/10/2022Updated:13/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    LINGAM (kanan) kini bertugas mengadili saingan Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil ketika ini.

    PETALING JAYA | Pengadil hoki berpengalaman tanah air, K. Lingam mahu melihat lebih ramai anak-anak muda ‘terjun’ ke bidang pengadilan sukan itu.

    Bagi Lingam, ia merupakan satu kebanggaan buat Malaysia sekiranya ramai pengadil dari tanah air dapat mengadili kejohanan-kejohanan antarabangsa berprestij tinggi seperti Piala Dunia atau Sukan Olimpik.

    Menurutnya, Malaysia ketika ini mempunyai 11 pengadil bertaraf antarabangsa selepas Iskandar Rashdan Mohd. Rusli dan Eric Koh mengumumkan persaraan.

    Menariknya, seorang lagi pengadil dari Malaysia, R. Anbananthan antara yang terpilih untuk mengadili Piala Dunia 2023 di India bermula 13 Januari tahun depan.

    “Sekarang sudah ramai pengadil-pengadil muda, jadi ia bagus buat sukan hoki di Malaysia. Kita juga ada lapan pengadil lelaki dan tiga wanita untuk pertandingan antarabangsa.

    “Sebenarnya mudah untuk jadi pengadil hoki sekarang. Minat kena ada, ingin belajar dari pengadil senior, jangan cepat puas dan teruskan umpiring sampai satu tahap yang tinggi.

    “Aspirasi saya di masa hadapan adalah menjadi ‘umpire coach’ kebangsaan dan antarabangsa supaya dapat berkongsi pengetahuan serta kemahiran kepada pengadil-pengadil muda,” katanya.

    Sebagai rekod, Lingam yang berasal dari Banting, Selangor adalah pengadil hoki paling lama berkhidmat di Malaysia dalam kategori padang dan dalam dewan.

    Saingan Piala Tun Abdul Razak kali ini merupakan edisi ke-18 buat Lingam sejak mula mengadili kejohanan itu pada 2004 selain pernah mengadili pelbagai kejohanan tempatan seperti Liga Hoki Malaysia.

    Selain itu, beliau juga pernah ‘meniup’ pelbagai kejohanan antarabangsa antaranya Piala Juara-Juara Asia, Sukan Asia, Sukan Amerika Tengah dan Caribbean dan Piala Sultan Azlan Shah. – SUMBER: KOSMO! ONLINE

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHarry Kane tingkat kesedaran kesihatan mental di Britain
    Next Article Merokok: Jabatan Kesihatan Kelantan keluar 2,684 kompaun
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.