LONDON | Seorang juruelektrik wanita menerima banyak lamaran perkahwinan selepas berkongsi video tempat kerjanya dan menayangkan seluarnya yang berdebu, lapor akhbar Daily Star semalam.
Isabell McGuire merupakan wanita muda yang ceria tetapi orang ramai lebih tertarik dengan penampilan Isabell persis seorang model berbanding kemahirannya.
Wanita itu membuktikan bahawa seseorang tidak perlu berpenampilan menarik untuk mengikuti bidang kerjaya yang diceburinya.
Isabell mendapat perhatian di laman TikTok apabila berkongsi video kerjanya kepada lebih 105,000 pengikut.
Dalam klip video baru-baru ini, dia menampilkan kebolehannya menari di tempat kerja.
Wanita itu memakai pakaiannya yang berdebu sambil menari mengikut rentak lagu ‘Smack That’ nyanyian Akon.
“Tiada solekan dan rambut hanya didandan sejak seminggu lalu,” demikian kapsyen pada video tersebut.
Ramai peminat kagum dengan penampilan comot Isabell dan memenuhi ruangan komen.
“Kahwin dengan saya,” kata seorang netizen.
“Rumah saya perlu diubahsuai,” kata netizen lain. – SUMBER: Agensi