KUALA LUMPUR | PAS mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Terengganu dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan turut memperkukuh kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi PRU-15 atas prinsip penyatuan ummah.
“Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini memuktamadkan perbincangan kerusi-kerusi di negeri dengan PN.
“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” katanya.
Terdahulu, Abdul Hadi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, hari ini.