Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Joe Biden tidak ingin bertemu Vladimir Putin
    Global

    Joe Biden tidak ingin bertemu Vladimir Putin

    adminBy admin15/10/2022Updated:15/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memaklumkan bahawa beliau hanya akan bertemu Vladimir Putin sekiranya pe­mimpin Rusia itu mengusulkan dahulu pertemuan tersebut, lapor laman berita RT kelmarin.

    Perkara itu dinyatakan menjelang sidang negara kumpulan 20 (G20) di Pulau Bali, Indonesia yang akan turut dihadiri oleh Putin, November ini.

    Bercakap kepada stesen penyiaran CNN, Biden me­nyentuh pelbagai isu yang menggugat hubungan Russia-AS dan me­ngutuk ancaman Putin untuk menggunakan senjata nuklear dalam konflik ketenteraan dengan Ukraine.

    Ketika ditanya sama ada beliau bersedia untuk bertemu pemimpin Russia itu pada sidang kemuncak G20 di Indonesia, Biden berkata, pertemuan mereka hanya akan berlaku jika ada permintaan awal daripada Moscow.

    “Beginilah, saya tidak berhasrat untuk bertemu dengannya (Putin).

    “Bagaimanapun , jika beliau datang kepada saya di G20 dan berkata ‘saya mahu bercakap tentang pembebasan Brittney Griner,’ saya akan berjumpa dengannya. Maksud saya, kesu­dian dan kesediaan itu bergantung kepada keadaan pada waktu itu,” ujar Biden.

    Brittney Griner ialah bintang Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita dan pemenang pingat emas Olimpik yang ditahan di lapangan terbang Moscow pada Februari lalu ke­rana memiliki kartrij vape yang diisi dengan minyak ganja.

    Griner mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh sebuah mahkamah Russia pada 4 Ogos lalu.

    Biden seterusnya menyatakan bahawa beliau dan ‘pihak lain’ tidak bersedia untuk berunding dengan Russia tentang apa-apa berkaitan dengan Ukraine dan oleh itu, pertemuan mereka akan bergantung kepada agenda yang ingin di­bincangkan oleh Putin.

    “Putin bertindak kejam. Saya fikir beliau melakukan jenayah perang. Jadi, saya tidak nampak sebarang rasional untuk berjumpa atau berunding dengannya sekarang,” tambah pemimpin AS itu.

    Biden dan Putin berhenti berkomunikasi secara langsung sejak sebelum Russia melancarkan operasi ketenteraannya di Ukraine, akhir Februari lalu.

    Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov sebelum ini berkata bahawa Kremlin akan mempertimbangkan mesyuarat Putin-Biden tetapi masih belum menerima sebarang cadangan mengenainya daripada Wa­shington. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleFestival Main Gayong himpun pesilat Nusantara
    Next Article Muslimah PAS Sabah anjur munajat hadapi PRU15
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.