JELI | Sepasang suami isteri maut, apabila dinaiki mereka terbabit kemalangan di Batu 9 Jalan Raya Timur Barat, dekat Batu Melintang, di sini, pagi tadi.
Dalam kemalangan 10 pagi, mangsa,
Muhamad Mat Yusoff, 60, memandu kereta jenis Proton Wira bersama isterinya, Ruhani Mohamed, 54, dalam perjalanan dari Pasir Mas menghala ke Baling, Kedah.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dinaiki empat sekeluarga dari arah Kedah menghala ke Terengganu.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, Proton Wira yang dipandu Muhamad dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan.
“Akibatnya berlaku perlanggaran yang menyebabkan suami isteri itu cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.
“Dua penumpang belakang Proton Wira berusia 23 tahun dan enam bulan masing-masing tidak cedera serta cedera ringan.
“Pemandu Proton Exora berusia 43 tahun dan penumpang berusia 11 tahun tidak cedera, manakala dua lagi penumpang berusia 35 tahun dan sembilan tahun cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Jeli untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.