BACHOK | Seramai 82 orang ahli UMNO telah meninggalkan parti itu dengan menyertai Bersatu di Kampung Kemasin, Dun Pantai Irama, di sini, semalam.
Ketua Bahagian Bersatu Bachok Mohd Zulkifli Zakaria yang juga Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Kelantan berkata, kebanyakan mereka terdiri daripada golongan B40 yang bekerja sebagai nelayan.
Katanya, penduduk telah menyerahkan borang penyertaan keahlian dalam siri jelajah selamat tinggal UMNO itu.
“Selepas ini, akan ada beberapa siri jelajah selamat tinggal Pakatan Harapan (PH). Ia akan di adakan di beberapa kawasan yang sudah di kenal pasti,” katanya.
Terdahulu, beliau hadir pada program jelajah Selamat Tinggal UMNO yang di anjurkan oleh Parti Bersatu Bahagian Bachok yang diadakan di kedai kopi Kampung Kuala Kemasin, semalam.
Sementara itu, penduduk, Mohd Syukri Omar berkata, dia menyertai Bersatu kerana kecewa dan sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada UMNO untuk membela nasib Melayu.