BACHOK | Lapan remaja lelaki direman selama tujuh hari bermula hari ini selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga secara berkumpulan.
Mereka yang berusia antara 14 hingga 18 direman sehingga Isnin ini.
Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
Lapan remaja itu ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga secara berkumpulan di Tawang, di sini, kelmarin.
Penahanan kesemua suspek itu dibuat selepas polis menerima laporan berkait kes rogol membabitkan mangsa berusia 14 tahun 11 bulan.