Nama Zakiah Kewsaengsim mungkin masih belum dikenali di Malaysia tetapi di Narathiwat, Wilayah Selatan Thailand, gadis manis ini mempunyai ramai pengikut di media sosial di negara jiran itu.
Dia yang lebih popular dengan nama seni Deqnee Kewsaengsim menceburi bidang nyanyian sejak berusia 7 tahun. Ketika berusia 12 tahun, Deqnee berjaya mengharumkan nama wilayah yg diwakilinya, Narathiwat apabila dinobatkan juara dalam pertandingan nyanyian.
Deqnee membawakan lagu genre dangdutt dan irama Melayu Pattani, anak ketiga daripada empat adik beradik ini tidak pernah mengikuti kelas muzik dan hanya berbekalkan tunjuk ajar daripada ayahnya, Samsudin Kewsaengsim, seorang pengusaha kebun buah-buahan.
Gadis yg berasal Kampung Dusun Nyior, Narathiwat, sangat cekal meski tanpa didikan professional, dia memberanikan diri menyertai program realiti TV di Indonesia pada tahun 2017.
” Selepas tamat Tingkatan Enam di Sekolah Agama Darussalam, Narathiwat, saya memberanikan diri menyertai D’ Academy Asia (musim ke-2).
”Saya berentap dengan peserta yang telah mencipta nama seperti Zizi Kirana dan Syura yg mewakili Malaysia.
”Saya hanya berjaya ke peringkat pusingan Ke-24 tapi ia adalah satu pengalaman dan pendedahan
bertanding di luar Thailand, katanya yg ditemui di Kota Bharu, hari ini.
Biarpun tidak mara ke peringkat akhir dalam rancangan realiti itu tetapi bersyukur kerana banyak menerima undangan menyanyi di konsert serta majlis kenduri di sskitar Selatan Thailand.
Gadis yg bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada 19 November depan membawakan lagu genre dangdutt dan irama Melayu Pattani, anak ketiga daripada empat adik beradik ini tidak pernah mengikuti kelas muzik dan hanya berbekalkan tunjuk ajar daripada ayahnya, Samsudin Kewsaengsim, seorang pengusaha kebun buah-buahan.
Gadis yg berasal Kampung Dusun Nyior, Narathiwat, sangat cekal meski
tanpa didikan professional, dia memberanikan diri menyertai program realiti TV di Indonesia pada tahun 2017.
” Selepas tamat Tingkatan Enam di Sekolah Agama Darussalam, Narathiwat, saya memberanikan diri menyertai D’ Academy Asia (musim ke-2).
”Saya berentap dengan peserta yang telah mencipta nama seperti Zizi Kirana dan Syura yg mewakili Malaysia.
”’Saya hanya berjaya ke peringkat pusingan Ke-24 tapi ia adalah satu pengalaman dan pendedahan
bertanding di luar Thailand, katanya yg ditemui di Kota Bharu, hari ini.
Biarpun tidak mara ke peringkat akhir dalam rancangan realiti itu tetapi bersyukur kerana banyak menerima undangan menyanyi di konsert serta majlis kenduri di sskitar Selatan Thailand.
Selain itu, pelantun suara yg mengasah bakat dalam irama nasyid sejak di bangku sekolah turut aktif di media sosial menerusi ruangan tik tok, fb serta YouTube.
Bersandarkan ‘Deqnee Kewsaengsim Channel’ klip video nyanyiannya di YouTube berjaya mencapai 15 ribu penonton.
Gadis yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-23 pada 19 November depan berharap ada komposer dari Malaysia yang berminat mengubah lagu yg sesuai dengan lantunan suaranya.
Dia juga berharap kehadirannya diterima baik oleh pengikut di media sosial Malaysia.