Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS Kelantan tiada rekod rasuah, boleh jadi contoh tadbir negara – Mohd Amar
    Politik

    PAS Kelantan tiada rekod rasuah, boleh jadi contoh tadbir negara – Mohd Amar

    mohd ZulkifliBy mohd Zulkifli21/10/2022Updated:21/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    kredit Kelantan TV

    KOTA BHARU | Bukti tanpa sebarang rekod rasuah walaupun memerintah selama 32 tahun di Kelantan menjadikan PAS adalah parti pemerintah yang boleh dijadikan contoh untuk tadbir negara.

    Malah, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata Islam adalah rahsia terbesar buat PAS di Kelantan kerana mampu bertahan selama itu daripada penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

    Menurutnya, tiada pun pemimpin PAS dihadapkan ke mahkamah, walaupun kuasa dalam tempoh sekian lama itu boleh memberi satu godaan.

    Beliau berkata, begitu juga keadilan yang ditunjukkan kepada semua masyarakat yang terhasil daripada ajaran Islam memandangkan ia termasuk dalam asas pentadbiran negara berdasarkan al-Quran iaitu keadilan, kemerdekaan atau kebebasan, dan persamaan.

    “PAS yakin Malaysia boleh jadi negara yg lebih baik, malah kekayaan boleh diagih dengan adil apabila kita menerima Islam sebagai asas pentadbiran negara.

    “Ini yang kita bawa sejak 1959 kita mentadbir Kelantan. Malah sehingga hari ini kita bawa risalah Islam sebab kita yakin kebenaran dan kekuatan Islam untuk selesaikan masalah.

    “Jadi, orang bukan Islam tidak perlu takut kerana Kelantan boleh jadi contoh,” katanya ketika berucap pada Himpunan Penyatuan Ummah sempena Sambutan 32 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam, di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, malam ini.

    Turut hadir, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; serta Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

    Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, walaupun Kelantan sudah ditadbir sekian lama, namun orang bukan Isslam tidak pernah dizalimi dan dikhianati.

    Membawa contoh, katanya, negara Barat yang dikagumi dengan kemodenan serta pentabirannya adalah hasil daripada Islam memandang mereka mendapat ilmu berkenaan di tempat pengajian Islam.

    “Kelantan perlu letak sasaran semua 14 kerusi Parlimen dimenangi sekali gus membantu PN mendapat mandat menjadi kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

    “Kita perlu buktikan kepada UMNO yang ‘payoh baso’ dan ‘payoh kiro’ itu bahawa parti itu sudah tidak relevan seperti mana dikatakan pemimpin mereka sendiri.

    “Dengan usaha, doa dan perpaduan, kita akan lihat sebuah kerajaan baru selepas PRU-15 nanti,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBN muktamad senarai calon tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan
    Next Article PN janji bayar royalti kepada Kelantan jika berjaya bentuk kerajaan
    mohd Zulkifli
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.