KOTA BHARU | Kerajaan negeri mewujudkan Akademi Abdul Rahman al Auf (Akademi al Aufi) bagi membantu golongan belia mencari peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang keusahawanan.
Exco Belia, Sukan dan NGO Wan Roslan Wan Hamat berkata, akademik itu diurus Urusetia Belia dan Sukan (U-Bes) dengan menjalinkan kerjasama bersama agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta.
Selain itu katanya U-Bes juga menjalin kerjasama bagi menyediakan lot perniagaan secara percuma kepada belia yang berminat dalam bidang perniagaan.
“Dasar kita kita beri joran dan mata kail begitulah konsep belia, kita menyediakan peluang pekerjaan dengan memberi ilmu, jadi kita menubuhkan Akademi al Aufi bagi tujuan itu.
“Kita beri ilmu termasuk kemahiran gunting rambut, memasak, berniaga dan sebagainya. Akademik itu sebagai pusat untuk memberi latihan kepada belia,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Akademi Abdul Rahman al Auf (Akademi al Aufi) di Bazar Tok Guru di sini semalam.
Hadir sama Timbalan Exco Belia, Sukan dan NGO, Zuraidin Abdullah; Pengarah U-Bes Nasruddin Mahmud Muhaidin dan Pengurus Pemasaran Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Nazman Che Iberahim.
Wan Roslan juga berkata, seramai 30 peserta dalam kalangan anak muda mendapat pendedahan dalam pelbagai bidang perusahaan mampu menjana perniagaan.