Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bekerja sebagai satu pasukan, tawan Parlimen Bangi
    Politik

    Bekerja sebagai satu pasukan, tawan Parlimen Bangi

    adminBy admin26/10/2022Updated:26/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Parti komponen Perikatan Nasional (PN) perlu bekerja sebagai satu pasukan keluarga besar, bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lebih mencabar berbanding PRU14.

    Ketua Penerangan BERSATU Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata PRU15 tidak sama seperti PRU14, kerana PN akan berdepan dengan pelbagai lawan terutama DAP, yang memenangi kerusi Parlimen Bangi dengan majoriti besar sebelum ini.

    Beliau berkata setiap parti komponen, harus bersama-sama memperjuangkan calon yang ditentukan oleh pucuk pimpinan bagi memastikan kerusi Parlimen Bangi menjadi milik PN.

    “Cabaran kita tidak kecil, sebab itu kesungguhan (jentera) tidak boleh kecil kerana apa yang berlaku pada PRU14 (DAP menang dengan majoriti besar), tidak boleh berulang.

    “Kita perlu bekerja sebagai satu pasukan keluarga besar PN, tanam perasaan berprasangka baik dan tingkatkan ukhuwah sebagai prasyarat mencapai kejayaan memenangi kerusi ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PN Bangi, di sini pada Selasa.

    Yang turut hadir, Yang Di-Pertua PAS Kawasan Bangi yang juga Ketua Badan Perhubungan PN Kawasan Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah.

    Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PN, Khairul Nadzir Helmi Azhar, yang hadir pada majlis itu juga menjangkakan PN berdepan tugas berat untuk menarik sokongan pengundi, khususnya generasi muda pada PRU15.

    “Ini kerana macam-macam perkara boleh terjadi, macam-macam berita akan masuk dalam kepala (diterima) kita (pengundi)…

    “Apatah lagi dengan maklumat yang pantas tersebar melalui telefon bimbit sekarang, pastinya membuatkan anak-anak muda cepat terpengaruh,” katanya yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBeli ahli dan keluar parti, ini strategi biasa UMNO-BN guna setiap pilihan raya
    Next Article Pasukan petugas khas ditubuh kenal pasti pengundi
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.