KOTA BHARU | Kerajaan negeri Kelantan memberi kerjasama kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggagalkan atau pengurangan kes penyeludupan di negeri ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kes penyeludupan kemungkinan biasa berlaku kerana negeri ini bersempadan dengan Thailand.
“Kerajaan negeri sangat memberi kerjasama apa sahaja terutama Kelantan ini bersempadan dengan Thailand dan kemungkinan penyeludupan itu biasa berlaku.
“Jadi, kerjasama dengan semua pihak boleh membantu pihak di bawah KDN untuk mengurangkan atau menggagalkan penyeludupan manusia, jenayah dan sebagainya.
“Kita harap bahawa dengan adanya program seperti hari ini akan memberi kesedaran dan dapat menimbulkan rasa sayang kita kepada negeri dan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kita Demi Negara yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.
Ahmad berkata, KDN mengambil berat tentang keselamatan negara dan keselamatan negeri.
“Program Kita Demi Negara itu bagi memberi maklumat yang tepat, betul dan sahih berbanding maklumat daripada pihak luar,” katanya.