Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lebih 90 tawaran dalam manifesto BN – Zahid
    Politik

    Lebih 90 tawaran dalam manifesto BN – Zahid

    adminBy admin27/10/2022Updated:27/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BERA | Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) terdiri daripada 10 teras dengan lebih 90 tawaran.

    Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, manifesto berkenaan akan mencakupi kepentingan kesemua lapisan masyarakat.

    Menurut beliau, rakyat ketika ini amat merindukan Kerajaan BN yang dominan berikutan kesengsaraan yang dialami di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Justeru kerinduan rakyat terhadap pentadbiran BN perlu dijawab dengan penuh bijaksana oleh jentera parti.

    “Apabila rakyat sekali lagi memberikan dukungan secara dominan kepada calon BN dan kita akan menghidangkan banyak tawaran dalam manifesto yang akan dibentangkan.

    “Insya-Allah kita akan lihat bila manifesto ini dihidangkan ia akan ada lebih 10 teras dan akujanji untuk pengundi.

    “Malah kita akan tawarkan lebih 90 perkara untuk rakyat pelbagai pelbagai golongan daripada kumpulan minoriti hingga kumpulan majoriti. Insya-Allah kerajaan Barisan Nasional akan memberikan keprihatinan kepada rakyat semua pihak,” kata Ahmad Zahid.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran (SKK) dan pelancaran Jentera Barisan Nasional Pahang, di sini, hari ini.

    Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan kepimpinan yang lain.

    Ahmad Zahid sementara itu menegaskan, BN perlu menjadi dominan dan kuat di dalam Dewan Rakyat dengan majoriti yang besar.

    BN perlu mengikut jejak kejayaan yang dikecapi oleh parti itu pada PRU11 yang memperlihatkan BN mendapat kemenangan mutlak dengan majoriti lebih dua pertiga sehingga menjadikan suara pembangkang ‘kerdil’.

    Menurut beliau, jumlah ahli pembangkang yang ramai bukan hanya menggugat kestabilan tetapi turut mengganggu pembangunan negara.

    “Kita mahu mewujudkan sebuah negara Malaysia yang demokratik namun suara pembangkang yang terlalu kuat akan menggugat kestabilan politik di negara kita. Ini akan mengganggu kemakmuran yang dirancang oleh kerajaan,” kata Ahmad Zahid. – SUMBER: MalaysiaGazette

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSaya berbangsa Cina dan berasal dari Jinjang Utara
    Next Article Indonesia berdepan kemuncak penularan sub varian XBB
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.