Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Asah bakat, galak eksplorasi secara kreatif murid dengan cerpen
    Am

    Asah bakat, galak eksplorasi secara kreatif murid dengan cerpen

    adminBy admin29/10/2022Updated:29/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Pelaksanaan Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) untuk mengasah bakat murid seawal usia muda.

    Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata, Artikulasi Penulisan merupakan sebuah inisiatif KPM yang dilaksanakan melalui Institut Terjemahan dan Buku Malaysia dengan kerjasama Yayasan Didik Negara serta Jabatan Pendidikan Negeri dan Wilayah Persekutuan di seluruh Malaysia.

    Jelas beliau, program itu dapat memberi peluang kepada murid untuk membina keupayaan diri dalam suasana yang menyeronokkan dan belajar secara kreatif.

    “Bengkel ini akan dilaksanakan secara berterusan di seluruh negara dengan penglibatan 16 Jabatan Pendidikan Negeri dan Wialyah Persekutuan.

    “Seramai 60 murid akan menyertai bengkel yang dilaksanakan pada peringkat negeri, dengan jumlah keseluruhan seramai 960 orang bagi seluruh Malaysia.

    “Daripada jumlah ini, kita dapat mengangkat sekurang-kurangnya 480 murid sebagai pengkarya cilik apabila hasil penulisan terbaik mereka dipilih dan didokumentasikan dalam 16 buah buku mewakili negeri masing-masing,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya hari ini.

    Mengulas lanjut, Radzi berkata, penerbitan buku Semanis Jala Mas merupakan satu wadah kepada murid dalam berkarya sekaligus mengoptimumkan potensi bakat mereka selari dengan konsep Sekolahku Sejahtera.

    Katanya, usaha itu akan mewujudkan ruang dan peluang untuk menggilap bakat dan potensi murid, terutama dalam penulisan kreatif.

    “Prgram rintis telah dilaksanakan di Kelantan pada 2 dan 3 Ogos yang lalu melibatkan 60 murid sekolah rendah dan telah melahirkan 31 pengkarya cilik melalui penerbitan buku antologi Cerpen Penuis Cilik: Semanis Jala Mas.

    “Dengan teman silang budaya, saya menekankan supaya pemilihan murid yang menyertai bengkel ini merangkumi semua kaum di Malaysia supaya kandungan buku lebih kaya dan sesuai dengan kepelbagaian budaya serta kaum di Malaysia,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLima lagi warga Malaysia dibawa pulang
    Next Article Jelajah AKM Akan Diteruskan Jika Kerajaan Diberi Mandat Pada PRU15 – PM
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.