Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Isu selenggara kuarters dan bas awam di Putrajaya perlu penambahbaikan
    Am

    Isu selenggara kuarters dan bas awam di Putrajaya perlu penambahbaikan

    adminBy admin29/10/2022Updated:29/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Walaupun menjadi pusat pentadbiran kerajaan, namun calon Perikatan Nasional (PN), Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerima banyak rungutan daripada penduduk berhubung isu penyelenggaran kuarters dan juga bas awam yang agak kekurangan.

    Mohd Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan berkata beliau sudah menetap Putrajaya sejak 2018 dan masyarakat setempat sudah mengenalinya, malah seringkali orang ramai ditemuinya membangkitkan berhubung beberapa aspek yang perlu ditambahbaik bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.

    “Saya tinggal di sini sejak 2018 dan rumah pertama saya adalah di Pangsapuri Larai sebelum berpindah ke Presint 10, ketika itu saya banyak bergaul dengan komuniti setempat khususnya jawatankuasa masjid dan surau, masyarakat, kepimpinan masyarakat, persatuan penduduk dan persatuan sukan.

    “Insya-Allah, jaringan yang ada dengan kakitangan awam semasa di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Pendidikan memberi ruang yang sebaiknya untuk saya menyantuni pengundi di sini.

    “Banyak perkara yang disampaikan kepada saya, walaupun Putrajaya ini sebuah bandar pentadbiran serta bandar terancang, banyak perkara perlu ditambahbaik, antaranya penyelenggaraan kuarters yang tidak diberi perhatian dalam tempoh yang lama dan tiada pengangkutan awam seperti bas untuk menghantar pelajar ke sekolah,” katanya dipetik laporan BH hari ini.

    Radzi memberi contoh berhubung isu bas sekolah yang dibangkitkan oleh orang ramai kepadanya.

    “Kalau dulu pelajar ini pergi sekolah dengan bas, tetapi kini ibu bapa terpaksa menghantar ke sekolah berikutan ketiadaan bas di Putrajaya.

    “Selain itu ruang parkir juga menjadi isu di bandar ini,” katanya lagi.

    Radzi terdahulu melancarkan Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16 (1), di Putrajaya pagi tadi.

    Rabu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan Radzi yang juga Naib Presiden BERSATU sebagai calon gabungan itu di Parlimen Putrajaya sekali gus menutup pelbagai khabar angin berkaitan kerusi berkenaan.

    Untuk rekod, kerusi P125 Putrajaya itu disandang oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memegang kerusi berkenaan selama empat penggal. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tengku Adnan menang dengan majoriti 3,372 undi.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN Pahang umum calon minggu depan
    Next Article Lelaki Malaysia dipenjara 3 tahun menyamar pakar sakit puan, kumpul gambar lucah wanita
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.