KOTA BHARU | Negara akan berdepan kemelesetan ekonomi berpanjangan jika Barisan Nasional (BN) terus mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum kke-15 (PRU-15).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi, berkata ia berikutan kerajaan yang dipimpin gabungan itu tidak bertanggungjawab apabila tiada langkah berkesan dibuat untuk pulihkan ekonomi dalam masa terdekat.
Malah, menurutnya, mereka lebih mementingkan parti apabila terus memutuskan untuk mengadakan PRU-15 dalam keadaan ekonomi yang kelam-kabut dan tidak terkawal.
“Saya mahu rakyat faham bahawa kerajaan yang ada sekarang ini boleh membawa negara kearah ‘recession’ berpanjangan dan mereka sanggup berbuat demikian kerana mereka berada dalam kumpulan yang agak selesa manakala kumpulan yang paling terkesan adalah rakyat terutama yang berpendapatan rendah.
“Melihat keadaan inflasi, harga barangan naik, nilai mata wang Ringgit jatuh serta pasaran bon yang tidak stabil, ia memberi satu gambaran bahawa mereka adalah kerajaan tidak bertanggungjawab, tidak beri perhatian kepada kebajikan rakyat, dan tidak memikirkan cara pulihkan ekonomi atau kembangkan ekonomi,” katanya kepada Journal Malaysia.
Mengulas lanjut, Mohamed Farid yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kota Bharu, berkata beliau melihat bahawa kedudukan ekonomi negara masih belum berubah dan berada pada tahap melumpuhkan berdasarkan statistik perkembangan terbaru dalam dan luar negara.
“Kalau satu bulan sudah ekonomi agak teruk tapi sekarang semakin teruk. Kita tidak lihat apa-apa langkah diambil kerajaan, Kementerian Kewangan dan Bank Negara yang boleh memberi ruang atau peluang untuk pulihkan ekonomi.
“Sebelum mahu recover (pulih) ekonomi, kita kena ‘sustain’ (bertahan) dulu, tapi ekonomi kita bukan saja semakin teruk, malah bertahan pun tidak. Ini kerana kadar pertukaran Ringgit berbanding Dollar Amerika (USD) berada pada tahap paling rendah iaitu melebihi RM4.74,” katanya.
Mohamed Farid berkata, kalau dibandingkan dengan ekonomi eropah, walaupun mereka berada pada kedudukkan ekonomi yang hampir mencecah kemelesetan, namun langkah proaktif telah diambil untuk pulihkan negara.
“Contoh di Britain, kita lihat bahawa Perdana Menterri yang dilantik dua bulan sebelum ini sudah meletakkan jawatan kerana kegagalan dalam memulihkan ekonomi.
“Malah apabila menteri kewangan Britain memperkenalkan mini bajet dengan penekanan penurunan cukai pendapatan, kesan sangat buruk berlaku dimana Pound British jatuh menjunam berbanding USD. Sebelum itu 1 Pound British bersamaan RM5.52, namun setelah mini bajet diperkenalkan, 1 pound British menjadi RM4.97.
“Namun langkah yang diambil adalah menteri kewangan Britain dipecat dan diganti baru menyebabkan pound British kembali pulih berbanding Ringgit. Sekarang 1 pound bersamaan RM5.35. Jadi ia dipulihkan dengan cepat, tapi kita tidak lihat pemulihan yang sama dalam negara kita,” jelasnya lagi.
Mohamed Farid yang juga Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri berkata, kesan daripada penurunan nilai Ringgit adalah penyebab kepada peningkatan kadar inflasi.
Katanya, walaupun statistik inflasi dikeluarkan kerajaan menunjukkan kadar yang terkawal pada tahap empat peratus, namun ia dikira berdasarkan bakul barangan keperluan asas yang sebahagian besar adalah barangan harga terkawal.
“Apabila harga terkawal memanglah tidak akan tunjuk kadar inflasi yang tinggi. Ini satu situasi dimana kadar inflasi berdasarkan bakul tersebut tidak seimbang dengan kadar inflasi sebenarnya.
“Ini kerana kita melihat barangan lain kalau ke restoran, dulunya sarapan RM5, tapi sekarang sudah menjadi RM7. Kadar inflasi sebenarnya sudah mencecah hampir 10 peratus tapi kadar rasmi kurang 3.9 peratus,” katanya.
Beliau turut menjelaskan, memandangkan Malaysia adalah negara pembuatan, harga barangan mentah yang diimport juga akan bertambah mahal disebabkan penurunan nilai Ringgit, sekali gus memberi tekanan tinggi kepada inflasi.
“Kalau dulu kita membeli bon pada harga tiga peratus dengan harapan pulangan lebih tinggi, tapi apabila penjualan simpanan meningkat kepada lebih tiga peratus akan menjadikan bon kurang menarik kerana pulangan yang lebih rendah berbanding kadar pinjaman tetap. Jadi apa yang kita buat adalah jual dan ambil balik duit kita simpan dalam USD untuk pulangan lebih tinggi.
“Bagi pelabur luar yang banyak beli bon terbitan kerajaan, kesannya bukan kerana kadar faedah rendah tetapi kerana kejatuhan Ringgit maka modal diletakkan balik. Ini memberi tekanan kepada harga bon terbitan kerajaan apabila mereka beramai-ramai akan menjual bon tersebut.
“Jadi ini dipanggil kesan pasaran bon, bila ramai jual jadi siapa akan beli? Sama ada kerajaan atau institusi kewangan dalam negara saja yang beli balik kerana jika tidak, pasaran boleh runtuh,” katanya.
Mohamed Farid berkata, apabila keadaan itu berlaku, ini akan memberi tekanan equality kepada pasaran akan berkurangan kerana intitusi kewangan terpaksa membeli bon tersebut dan simpan sehingga matang.
Katanya, apabila equality dalam pasaran berkurangan maka permintaan perkhidmatan dan barangan dalam negara juga akan berlaku perkara sama.
“Ini akan memberi satu gambaran bahawa dengan penurunan permintaan bukan saja daripada individu malahan sektor korporat, bank dan institusi kewangan juga sama.
“Maka ekonomi kita akan mengecut, dan kita akan bertemu dgn ‘recession’. Ini adalah masalah mikro ekonomi yang akan berlaku jika kerajaan BN terus memerintah negara tanpa mengambil peduli untuk pulihkan ekonomi,” katanya.