Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mohd Rafiq umum letak jawatan Naib Presiden Bersatu esok?
    Politik

    Mohd Rafiq umum letak jawatan Naib Presiden Bersatu esok?

    adminBy admin29/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MELAKA | Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dijadual membuat pengumuman penting mengenai kedudukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam satu sidang media khas esok.

    Walaupun tiada pengesahan rasmi mengenai kandungan sidang media berkenaan, namun ia dipercayai berkaitan namanya yang tidak disenaraikan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tangga Batu.

    Namun, sejak petang tadi tular dakwaan dalam kalangan individu tertentu mengatakan bekas Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Melaka itu akan keluar parti sekaligus melepaskan jawatannya sebagai Naib Presiden.

    Sementara itu, Mohd Rafiq ketika dihubungi memberitahu akan mengadakan satu sidang media petang esok.

    “Saya hanya akan jelaskan segalanya menerusi satu sidang media petang esok,” katanya enggan mengulas lanjut.

    Kerusi Parlimen Tangga Batu dikatakan menjadi rebutan antara Pas dan Bersatu yang sebelum ini disandang Rusnah Aluai daripada PKR yang turut diumum calon parti itu pada PRU-15.

    Pada PRU15, Pas dikatakan mahu meletakkan calonnya, Pesuruhjaya Pas Negeri, Zulkifli Ismail yang juga merupakan Yang di-Pertua Pas Kawasan Tangga Batu.

    Susulan itu, timbul beberapa spekulasi mendakwa tindakan Pas yang juga rakan sekutu Bersatu di dalam PN kurang disenangi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu kerana turut mahu bertanding di kerusi berkenaan.

    Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November lalu, Mohd Rafiq yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memperoleh 3,976 undi sekali gus tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 6,052 undi. – SUMBER: Malaysia Gazette

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLelaki Hanya Mampu Gelak Bila Ruang Mesin ATM Terlalu Sempit Untuk Dirinya
    Next Article Liew Daren naik berang lempar raket di Paris
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.