Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PRU15: Rakyat Sabah perlu pilih pemimpin bersih
    Politik

    PRU15: Rakyat Sabah perlu pilih pemimpin bersih

    adminBy admin29/10/2022Updated:29/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Pengundi perlu memilih pemimpin yang bersih dan tidak korupsi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

    Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain berkata, PRU15 perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat negeri ini untuk memilih pemimpin yang bersih, tidak korupsi, menunaikan tanggungjawab dan terhindar daripada segala salah guna kuasa.

    “Negeri ini sebenarnya mempunyai banyak sumber hasil. Malangnya, hasil tersebut tidak diurus mengikut acuan pengurusan yang betul oleh pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab.

    “Sebagai anak Sabah, penting untuk menentukan siapa pemimpin yang akan mengurus harta negara, mentadbir negara dan negeri kita agar hak sebagai rakyat Sabah yang direnggut dapat dikembalikan,” ujarnya dalam hantaran di media sosial.

    Menurutnya, Sabah merupakan negeri penyumbang Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kelima terbesar dalam negara tetapi tersenarai antara negeri termiskin dalam Malaysia.

    Ini, ujarnya jelas kelihatan dengan keadaan infrastruktur di Sabah seperti jalan raya yang menyedihkan, bekalan air dan elektrik yang sering terputus di hampir setiap daerah.

    “Jika diamati, ramai dalam kalangan anak Sabah yang mempunyai latar belakang profesional mahupun bukan, merantau ke luar negeri semata-mata untuk mencari rezeki.

    “Persoalannya, adakah mereka berbuat demikian kerana Sabah ini tidak mempunyai sumber hasil yang cukup untuk mereka mencari rezeki di sini?” katanya lagi.

    Oleh itu, beliau menyarankan pengundi memilih parti yang bersih agar dapat membentuk kerajaan yang stabil supaya rakyat negeri ini tidak lagi tertindas dan dapat menerima hak yang sepatutnya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePiala AFF: Stadium Bukit Jalil gelanggang rasmi Harimau Malaya
    Next Article Ibu bapa perlu pastikan anak pulang mengundi
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.