Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Radzi Jidin yakin dapat memenangi hati pengundi Putrajaya
    Politik

    Radzi Jidin yakin dapat memenangi hati pengundi Putrajaya

    adminBy admin29/10/2022Updated:29/10/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Perikatan Nasional (PN) yakin dapat memenangi hati pengundi Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seterusnya melonjakkan kawasan pentadbiran itu ke tahap yang lebih baik sekiranya diberikan mandat.

    Calon PN bagi Parlimen Putrajaya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata tempoh empat tahun beliau menetap di kawasan itu cukup untuk mengenali masyarakat setempat dan mengetahui pelbagai masalah yang membelenggu penduduk.

    “Saya tinggal di sini sejak 2018 dan rumah pertama saya adalah di Pangsapuri Larai sebelum berpindah ke Presint 10, ketika itu saya banyak bergaul dengan komuniti setempat khususnya jawatankuasa masjid dan surau, masyarakat, kepimpinan masyarakat, persatuan penduduk dan persatuan sukan.

    “Insya-Allah, jaringan yang ada dengan kakitangan awam semasa di Kementerian Hal Ehwah Ekonomi dan Kementerian Pendidikan memberi ruang yang sebaiknya untuk saya menyantuni pengundi di sini.

    “Banyak perkara yang disampaikan kepada saya, walaupun Putrajaya ini sebuah bandar pentadbiran serta bandar terancang, banyak perkara perlu ditambahbaik, antaranya penyelenggaraan kuarters yang tidak diberi perhatian dalam tempoh yang lama dan tiada pengangkutan awam seperti bas untuk menghantar pelajar ke sekolah.

    “Kalau dulu pelajar ini pergi sekolah dengan bas, tetapi kini ibu bapa terpaksa menghantar ke sekolah berikutan ketiadaan bas di Putrajaya. Selain itu ruang parkir juga menjadi isu di bandar ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bengkel Penulisan Cerpen dan Penerbitan Antologi Cerpen Penulis Cilik Peringkat Kebangsaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16 (1), di sini hari ini.

    Rabu lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin, mengumumkan Radzi yang juga Naib Presiden BERSATU sebagai calon gabungan itu di Parlimen Putrajaya sekali gus menutup pelbagai khabar angin berkaitan kerusi berkenaan.

    Untuk rekod, kerusi P125 Putrajaya itu disandang oleh Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang memegang kerusi berkenaan selama empat penggal. Pada PRU14, Tengku Adnan menang dengan majoriti 3,372 undi.

    Beliau memperoleh sebanyak 12,148 undi menewaskan calon PAS, Zainal Abidin Kidam dan calon PKR, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat yang masing-masing memperoleh undi sebanyak 3,634 dan 8,776.

    Sementara itu, Radzi berkata rekod PN semasa menjadi kerajaan mampu membantu parti gabungan itu menakluk Putrajaya.

    “Kita pernah memerintah ketika waktu COVID-19 dan ia membuktikan kerajaan dibawah Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat bekerjasama rapat dengan penjawat awam serta menghormati pandangan yang diberikan oleh mereka.

    “Rekod kita jelas bagaimana kita dapat bekerjasama dengan baik dan rekod itu juga akan dibawa bersama bagi memastikan kita dapat melonjakkan Putrajaya ini kepada yang lebih baik,” katanya.

    Sementara itu, menyentuh mengenai manifesto, Radzi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Manifesto PN berkata, perkara itu akan dilihat secara menyeluruh dengan memberi penekanan kepada konteks prihatin, bersih dan stabil.

    “Ini adalah perkara yang ingin kita bawa dalam konteks pembangunan masyarakat, banyak perkara yang kita akan lihat secara menyeluruh bagi memastikan apabila kita membentuk kerajaan, kita bersedia.

    “Apa yang selalu disebut oleh Tan Sri Muhyiddin, apabila diizinkan untuk membentuk kerajaan perkara pertama yang ingin dilihat adalah bagaimana cabaran yang dihadapi oleh negara dan rakyat kerana kita melalui satu tempoh yang sukar,” katanya.

    Manifesto PN akan dilancarkan selepas hari penamaan calon yang ditetapkan pada 5 November ini oleh Muhyiddin.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN sasar menang semua 15 kerusi Parlimen di Kedah
    Next Article Pada kami mereka adalah nama biasa
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.