Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » BERSATU perlu tarik penyokong UMNO undi Tok Pa
    Politik

    BERSATU perlu tarik penyokong UMNO undi Tok Pa

    adminBy admin30/10/2022Updated:30/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | PAS mahu BERSATU membawa sekurang-kurangnya lima peratus penyokong UMNO bagi mencapai kemenangan di Parlimen Jeli pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Setiausaha Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, parti itu menaruh keyakinan tinggi kepada jentera BERSATU untuk menarik sokongan selepas penyandang kerusi Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed bertanding menggunakan simbol bulan.

    “Kita mengharapkan BERSATU boleh bawa penyokong-penyokong UMNO paling kurang lima peratus untuk mencapai kemenangan di parlimen.

    “Insya-Allah dengan kemampuan dan kekuatan yang ada, kita yakin Parlimen Jeli akan kekal milik Tok Pa,” katanya pada sidang media tarikh pengumuman calon PRU15 di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Kelantan di sini hari ini.

    Wan Roslan berkata, sehubungan itu jentera mantap sudah dibentuk bagi memastikan kerusi ini menjadi milik Perikatan Nasional (PN).

    Katanya, kerjasama antara jentera PAS dan BERSATU ketika ini sudah berada pada tahap terbaik.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKPWKM kaji penambahbaikan dasar, peraturan taska
    Next Article KPM umum bina sekolah baharu di Bukit Antarabangsa
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.