Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kecewa ditawar kerusi lain, Mohd Rafiq keluar parti
    Politik

    Kecewa ditawar kerusi lain, Mohd Rafiq keluar parti

    adminBy admin30/10/2022Updated:30/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    MELAKA | Tak dinamakan sebagai calon dalam PRU15, Naib Presiden BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen memutuskan untuk keluar parti.

    Rafiq sebelum ini menyasarkan untuk bertanding di Parlimen Tangga Batu, namun ditawarkan kerusi lain yang kemudian ditolaknya.

    Rafiq berkata pucuk pimpinan parti pada mulanya menjanjikan kerusi Tangga Batu kepadanya, tetapi Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kemudian menawarkan untuk mencalonkannya di beberapa kerusi alternatif, termasuk Bagan Datuk di Perak.

    Bagan Datuk ialah kerusi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. PH mempertaruhkan bekas naib presiden PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin di situ.

    “Saya berasa sedih apabila segala usaha dan khidmat bakti saya di Tangga Batu selama lebih enam tahun tidak diberi pertimbangan yang adil dan sewajarnya,” katanya.

    Beliau berkata ia bertentangan dengan kelaziman politik di mana pemimpin tertinggi akan dipilih untuk menjadi calon di kawasan yang dipimpin mereka.

    Rafiq berkata beliau tidak akan bertanding pada PRU15 sebagai calon Bebas mahupun untuk mana-mana parti.

    Sebaliknya, katanya lagi, dia akan terus berkhidmat di Tangga Batu melalui NGO.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLelaki pegang parang cuba masuk kereta semasa berhenti di lampu isyarat
    Next Article PN Klang pilih doktor perubatan bakal calon kerusi Parlimen
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.