Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PRU-15: PAS tanding 9 kerusi, BERSATU lima kerusi di Kelantan
    Politik

    PRU-15: PAS tanding 9 kerusi, BERSATU lima kerusi di Kelantan

    adminBy admin30/10/2022Updated:30/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Perikatan Nasional (PN) Kelantan mengesahkan sembilan kerusi Parlimen kepada PAS dan lima untuk BERSATU pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan.

    Setiausaha Perhubungan PN Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, ia hasil perbincangan antara kedua-dua parti.

    Katanya, senarai calon yang bertanding akan diumumkan oleh Pengerusi PN Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pekarangan Stadium Sultan Muhammad V pada 2 November ini.

    “Pengumuman calon di 14 kerusi Parlimen akan dibuat pada 2 November ini kerana nama calon masih lagi dalam perbincangan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

    “Calon yang akan diumumkan ini melepasi tapisan awal iaitu PAS oleh Majlis Syura Ulama, manakala BERSATU pula seperti yang diumumkan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS negeri Kelantan hari ini.

    Wan Roslan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri berkata, calon yang bertanding ini melepasi tapisan awal dan bersih serta berintegriti.

    “Kerjasama antara PAS dengan BERSATU juga cukup mantap dan kita akan mengatur gerak kerja sebaik selepas penamaan calon.

    “Kita mensasarkan akan menang di semua kerusi yang bertanding,” katanya.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePromosi, pemasaran produk ekopelancongan lebih agresif
    Next Article Liew Daren naik berang lempar raket di Paris
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu

    29/05/2023

    SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal

    27/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.