Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sesiapa saja boleh datang, nak hantar anak, isteri tetapi akhirnya dia bertanding di Perak
    Am

    Sesiapa saja boleh datang, nak hantar anak, isteri tetapi akhirnya dia bertanding di Perak

    adminBy admin30/10/2022Updated:30/10/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    GOMBAK | Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempersoalkan mengapa beberapa nama besar yang sebelum ini disebut-sebut mengintai kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akhirnya tidak bertanding di kawasan itu.

    Azmin berkata, beliau terbuka menerima sesiapa saja atas faktor demokrasi.

    “Saya sendiri tidak faham kenapa ramai berminat bertanding di Gombak hingga ada nama-nama besar mengintai untuk memecah perpaduan rakyat di sini.

    “Sesiapa saja boleh datang, nak hantar anak, isteri tetapi pada akhirnya dia bertanding di Perak.

    “Apabila tahu siapa calon (pengumuman PKR malam tadi), dia itu tidaklah sebesar mana, masuk ke Gombak kerana dipaksa jadi ‘proksi war’,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera Perikatan Nasional (PN) bahagian Gombak di Padang Taman Pinggiran Batu Caves di sini, pada Sabtu.

    Yang turut hadir, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Yang Dipertua PAS Gombak, Salehuddin Nasir dan Setiausaha Badan Perhubungan PN Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham.

    Mohamed Azmin turut menyatakan beliau tidak peduli dituduh pengkhianat, tetapi menegaskan pengundi Gombak tidak lupa tarikh keramat 19 November iaitu hari pengundian PRU15.

    “Tarikh itu sangat penting kerana rakyat berada di persimpangan jalan menentukan kerajaan baharu, membuat keputusan besar yang membentuk kerajaan.

    “Ia bukan saja pilih pemimpin, tetapi kita mahu memilih kepemimpinan. Rakyat tidak boleh lagi ditipu Barisan Nasional (BN) yang memimpin negara lebih enam dekad dan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan,” katanya.

    Beliau berkata, sekiranya rakyat mahu menguji pemimpin adalah pada waktu ketika berlaku krisis.

    “Sebab itu kami di PN menolak PRU15 diadakan kerana paling utama negara sedang dalam pemulihan.

    “Namun, disebabkan ketamakan politik, rakyat terpaksa memilih dan perlukah memilih kerajaan yang tergesa-gesa, perlu pandangan orang lain untuk membuat keputusan,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN Perak bakal tampil ramai calon anak tempatan
    Next Article Perak Youth Centre Tambun dijangka siap 2025
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.