Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lelaki sorok 1,100 lebah dalam baju, seludup ke Turkiye
    Global

    Lelaki sorok 1,100 lebah dalam baju, seludup ke Turkiye

    adminBy admin31/10/2022Updated:31/10/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ANKARA | Seorang lelaki warganegara Georgia ditahan selepas didapati melekat 110 kotak mengandungi 1,100 lebah di sekeliling badannya dalam cubaan menyeludup serangga itu ke Turkiye, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

    Lelaki itu yang dirujuk oleh Kementerian Perdagangan Turkiye sebagai TB telah ditahan pada 22 Oktober lalu di sempadan Turkiye-Georgia, Sarp.

    Media tempatan, Daily Sabah melaporkan bahawa suspek menyebabkan penggera berbunyi ketika melalui pemeriksaan keselamatan.

    Meskipun mempunyai kertas kerja yang diperlukan untuk menyeberangi sempadan, pihak berkuasa kastam telah dimaklumkan mengenai pergerakannya yang mencurigakan.

    Suspek diarah menyelak baju sejuk yang dipakainya yang kemudian mendedahkan 110 kotak serangga dilekat pada sekeliling badannya. Setiap petak kotak mengandungi seekor ratu lebah dan sembilan lebah lain.

    Butiran lanjut dikeluarkan Pejabat Hopa Ketua Pendakwa Raya Turkiye menyifatkan suspek merupakan warganegara Georgia yang berusia sekitar 45 hingga 55 tahun.

    Buat masa ini tiada laporan lanjut mengenai penahanan atau identitinya.

    “Semasa prosedur rampasan itu, jabatan berkaitan tiba dan mengambil alih proses pemindahan lebah-lebah tersebut,” kata jurucakap Pendakwa Raya Hopa. – Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSyed Saddiq, berehatlah
    Next Article Mas Ermieyati lancar BGU PN Parlimen Masjid Tanah
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.