Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Dap Hina Institusi Diraja… Jelas Mereka Biadap, Bidas Nizar Najib
    Politik

    Dap Hina Institusi Diraja… Jelas Mereka Biadap, Bidas Nizar Najib

    adminBy admin01/11/2022Updated:01/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PEKAN | Kenyataan penyandang kerusi Parlimen Raub dari parti Dap, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang menghina institusi Diraja Pahang ketika menyampaikan ceramah politik baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa parti itu anti raja, Islam dan Melayu.

    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohd Nizar Najib berkata, tindakan tersebut amat biadap kerana tidak sepatutnya beliau mengheret sekali institusi diraja ke dalam kancah politik.

    “Kami amat kecewa dan kesal dengan tindakan Tengku Zulpuri ini sebenarnya. Bagi saya, itu merupakan satu tindakan yang amat biadap sekali. Tidak sepatutnya beliau mengheret sekali institusi Diraja yang kita sayangi ke dalam kancah politik. Kalau marah sekalipun, janganlah melibatkan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang kita kasihi.

    “Apabila dia buat kenyataan bodoh sebegitu, betullah tanggapan orang bahawa mereka (Dap) ini anti raja, anti Melayu dan anti Islam. Berani buat, berani tanggung. Saya harap beliau akan terima padahnya di Lipis tempat dia bertanding,” katanya kepada UMNO Online.

    Beliau yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut mengingatkan rakyat supaya mengundi dengan bijak dan jangan terpedaya dengan janji palsu pihak lawan.

    “Saya mengharapkan pengundi supaya mengundi dengan bijak. Kita dah berikan pihak pembangkang (Pakatan Harapan) peluang untuk mentadbir pada 2018. Bukan kita tak pernah berikan mereka peluang.

    “Tetapi malangnya apa yang kita dapat ialah janji-janji palsu yang tidak ditunaikan sama sekali seperti PTPTN, terpaksa dibayar juga, begitu juga dengan tol. Pelbagai alasan mereka berikan termasuklah ‘manifesto bukan kitab suci’.

    “Sepanjang empat tahun ini Malaysia melalui satu tempoh yang tidak stabil apabila para pelabur dari luar negara pun tidak yakin untuk membuat pelaburan di negara tercinta ini. Jadi, cukuplah sekali kita tertipu, jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Pilihlah UMNO/Barisan Nasional (BN),” katanya lagi.

    Pada minggu lalu, tular klip video yang memaparkan bahawa penyandang kerusi Parlimen Raub dari parti Dap, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang dikatakan menghina institusi diraja Pahang apabila mengaitkan istana Pahang dengan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Setakat Khamis lalu, media melaporkan sebanyak 28 laporan polis telah diterima ke atas Tengku Zulpuri dan pihak polis sedang menyiasat semua laporan berkenaan. – SUMBER: UMNO Online

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTak Nak Bubar DUN Mahu Fokus Banjir… Kan Dah Kata PH Berbohong – Dr Asyraf
    Next Article Korban rempuhan malam Halloween di Itaewon
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.