Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » DAP tak akan ubah sikap ekstrem terhadap Melayu, Raja
    Politik

    DAP tak akan ubah sikap ekstrem terhadap Melayu, Raja

    adminBy admin01/11/2022Updated:01/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SEPANG | DAP, parti gabungan yang membentuk Pakatan Harapan (PH) bersama PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak akan mengubah sikap ekstrem serta fahaman haluan kiri mereka dengan mudah.

    Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menceritakan bahawa beliau menerusi seorang pemimpin DAP telah meminta biro politik parti itu supaya mengubah sikap ekstrem mereka, tetapi ditolak.

    Menurutnya permintaan itu dibuat ketika BERSATU berada bersama-sama PH dalam kerajaan, di mana beliau adalah Menteri Dalam Negeri.

    “Satu hari saya panggil (Liew) Chin Tong (Timbalan Setiausaha Agung DAP) yang juga pemimpin tertinggi DAP. Saya panggil dia. Kami bincang.

    “Saya kata… Chin Tong… sekarang saya bersama kamu… kerana BERSATU sokong PH untuk menolak kleptokrat… Jadi saya beritahu bahawa orang Melayu tidak sukakan DAP.

    “Tapi sekarang kerana kita sudah bersama… saya kata boleh tak you sarankan kepada biro politik DAP supaya jangan terlalu ekstrem. Dia pun kata ekstrem.

    “Apa ekstremnya? Menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Negara. Soal Melayu dan macam-macam hak Raja-Raja dalam Akta Hasutan…. banyak perkara yang mereka lakukan. Dia kata akan bawa balik pada biro politik (DAP).

    “Tetapi lepas itu dia maklumkan kepada saya dia dah bawa, tetapi biro politik DAP tak bersetuju,” kata Muhyiddin pada Program Jelajah Prihatin PN Parlimen Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang, di Sepang, malam tadi (31 Oktober 2022).

    Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata jawapan Chin Tong itu bermakna DAP mahu mengekalkan dasar yang didapati tidak sesuai dengan majoriti rakyat negara ini.

    Beliau berkata ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan beberapa peruntukan, termasuk kepada institusi pengajian tinggi yang ditaja MCA yang menganggotai Barisan Nasional (BN), telah dipotong.

    Bagaimanapun, katanya peruntukan-peruntukan itu dikembalikan semula ketika Kerajaan PN memerintah.

    Untuk rekod, pada PRU-15 ini, DAP meletakkan lebih ramai calon Melayu, termasuk di luar bandar, bagi menarik sokongan, sedangkan hanya seorang sahaja calon Melayu yang terpilih menduduki Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP pada pemilihan sesi 2022-2025, itu pun berada pada tangga ke tujuh daripada 30 anggota CEC yang dipilih menerusi undian 4,149 perwakilan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSiapa Khairuddin minta penyokong PAS sokong BN – Nik Amar
    Next Article Serahkan tanggungjawab tadbir negara kepada pemimpin amanah, bersih, integriti
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.