Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Elon Musk nafi akan pecat majoriti pekerja Twitter
    Global

    Elon Musk nafi akan pecat majoriti pekerja Twitter

    adminBy admin01/11/2022Updated:01/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Musk didakwa mengarahkan pemberhentian kakitangan Twitter secara besar-besaran. – AFP

    WASHINGTON | Manusia terkaya di dunia, Elon Musk menafikan laporan akhbar The New York Times bahawa beliau merancang untuk memberhentikan sebahagian besar pekerja Twitter menjelang November ini bagi mengelak daripada perlu membuat pembayaran kepada mereka, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) hari ini.

    Minggu lalu, Musk melengkapkan proses pengambilalihan platform media sosial itu dengan bayaran AS$44 bilion (RM208 bilion) selepas berbulan-bulan berdepan pertikaian undang-undang.

    Langkah itu sekali gus menyaksikan beberapa individu memegang jawatan tertinggi di Twitter dipecat termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Parag Agrawal, Pengerusi dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu.

    Hujung minggu lepas, The New York Times melaporkan bahawa Musk turut mengarahkan pemberhentian kakitangan laman media sosial itu secara besar-besaran.

    Menurut akhbar tersebut, proses pemberhentian itu akan berlaku sebelum esok, apabila pekerja dijangka menerima geran saham syarikat itu sebagai sebahagian besar daripada perjanjian pembayaran mereka.

    Ketika menjawab laporan tersebut yang diutarakan seorang pengguna di Twitter, Musk berkata: “Ini tidak benar.”

    Berita itu bagaimanapun menjadi topik perbincangan di platform tersebut, dengan ramai yang cuba meneka bagaimana Twitter akan beroperasi di bawah kendalian Musk.

    Ada antara pengguna menyuarakan kebimbangan mengenai dasar kebebasan bersuara seperti yang diperjuangkan bilionair itu mungkin bermaksud individu yang sebelum ini diharamkan di Twitter kerana isu berita palsu mungkin dibenarkan kembali ke platform itu. – SUMBER: Agensi

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKumpulan Anak Johor Ditipu Selamat Tiba, Jangan Mudah Terpedaya Sindiket Pekerjaan – Hairi
    Next Article Indonesia batal permit festival muzik selepas diserbu 21,000 pengunjung
    admin
    • Website

    Related Posts

    Emas C$20 juta ‘hilang’ dari lapangan terbang Toronto

    21/04/2023

    Genjatan senjata 72 jam di Sudan sempena Aidilfitri

    21/04/2023

    Indonesia akan haramkan seks di luar perkahwinan

    04/12/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.