Facebook Twitter Instagram
    Monday, 29 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PRU-15: Rina Harun calon PN di Parlimen Sepang
    Politik

    PRU-15: Rina Harun calon PN di Parlimen Sepang

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali01/11/2022Updated:01/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SEPANG | Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Rina Mohd Harun diumumkan sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sepang untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

    Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yasin membuat pengumuman itu pada program Jelajah Prihatin PN Sepang di Dataran Sadiman, Bukit Changgang malam tadi.

    Rina dalam satu kenyataan memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan pemilihan beliau sebagai calon di Parlimen itu.

    “Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi, Yang Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi PN secara rasmi mengumumkan saya sebagai calon PN bagi kerusi Parlimen P.113 Sepang

    “Pengumuman yang dibuat semasa program Jelajah Prihatin Sepang ini merupakan satu penghormatan buat wanita. Insya-Allah amanah ini akan dipikul dengan sepenuh jiwa.

    “Terima kasih YB Tan Sri Muhyiddin, seluruh pucuk pimpinan Perikatan Nasional serta BERSATU atas kepercayaan yang diberikan,” katanya.

    Beliau berkata, Sepang sentiasa di hati kerana keluarganya berasal dari daerah itu.

    “Sebagai anak jati daerah yang saya cintai ini, akan diperjuangkan suara rakyat Sepang demi kebaikan kita bersama.

    “Kepada semua, saya pohon doa serta restu untuk saya berkhidmat di Sepang. Semoga Perikatan Nasional beroleh kejayaan. Insya-Allah,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleShahidan tutup bilik gerakan Arau, Annuar kata nama kena ‘pancung’
    Next Article Siapa Khairuddin minta penyokong PAS sokong BN – Nik Amar
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.