Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tak Nak Bubar DUN Mahu Fokus Banjir… Kan Dah Kata PH Berbohong – Dr Asyraf
    Politik

    Tak Nak Bubar DUN Mahu Fokus Banjir… Kan Dah Kata PH Berbohong – Dr Asyraf

    adminBy admin01/11/2022Updated:01/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas Pakatan Harapan (PH) lantaran dianggap berbohong berikutan alasan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tadbiran mereka untuk membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 dilaksana serentak.

    Terdahulu, kepimpinan PH termasuklah Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa keputusan tidak membubarkan DUN diambil bagi memastikan persiapan dibuat untuk menangani banjir di tiga negeri tadbiran mereka iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

    Dalam hal ini, Dr Asyraf menempelak tindakan yang sebaliknya dilakukan oleh kepimpinan PH.

    “Kan saya dah kata hari itu. Mereka berbohong. Kata tak bubar DUN bagi tiga negeri dikawal PH kononnya kerajaan negeri mahu fokus banjir tapi ketua kerajaan ketiga-tiga negeri turut bertanding dan berkempen pada PRU15,” katanya.

    Beliau berkata demikian menerusi hantaran pendek dalam laman Facebooknya dengan melampirkan gambar dan petikan artikel berkaitan kepimpinan PH di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan yang menjadi calon bagi kerusi peringkat Parlimen dalam PRU15.

    Ini membabitkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebagai calonnya di Parlimen Gombak; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai calon PH bagi Parlimen Port Dickson sementara Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan.

    Terdahulu, Anwar yang juga penyandang Parlimen Port Dickson telah mengumumkan bertanding di Parlimen Tambun, Perak.

    Antara nama lain yang menjawat ADUN namun dinamakan bertanding dalam kerusi Parlimen ialah Syeerlena Abdul Rashid yang kini ADUN Seri Delima untuk bertanding di Parlimen Bukit Bendera; ADUN Permatang Pasir (Pulau Pinang), Muhammad Faiz Fadzil bagi kerusi Parlimen Tampin dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail di Parlimen Ampang. – SUMBER: UMNO Online

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAgenda memperkasa umat Islam, jalan ke hadapan agensi Islam
    Next Article Dap Hina Institusi Diraja… Jelas Mereka Biadap, Bidas Nizar Najib
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.