PUTRAJAYA | “Alhamdulillah, majlis pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berjalan lancar semalam.
Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, beliau berjanji akan menggalas amanah dan tanggungjawab besar ini dengan sebaiknya.
“Saya yang diamanahkan menjadi calon di Putrajaya berjanji menggalas amanah dan tanggungjawab besar ini dengan sebaiknya ke arah Era Baharu Putrajaya yang lebih baik berpaksikan kepimpinan yang prihatin, cekap dan bersih.
“Dengan rendah diri, saya mohon sokongan daripada saudara saudari seluruh warga Putrajaya untuk kita sama-sama mencipta era baharu politik negara, bermula di Putrajaya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.