Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Kelantan terima limpahan projek di bawah kerajaan PN
    Am

    Kelantan terima limpahan projek di bawah kerajaan PN

    adminBy admin02/11/2022Updated:02/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Ketika pemerintahan kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN), Kelantan menerima pelbagai peruntukan daripada kerajaan Pusat bagi melaksanakan projek pembangunan.

    Antaranya projek Lebuh Raya Utama Tengah (CSR), Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dan Jambatan Palekbang dijangka siap menjelang 2025.

    Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Ahmad Yakob berkata, biarpun pembangunan semakin pesat, namun bidang pendidikan dan pembangunan modal insan tetap menjadi agenda utama kerajaan negeri.

    Malah katanya, kerajaan negeri melancarkan program Komuniti Rabbani yang merupakan kesinambungan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK).

    “Kita yakin program ini akan memberi manfaat besar untuk membudayakan ajaran Islam dalam kehidupan rakyat sekali gus menangani masalah sosial.

    “Kita juga terus menyokong pertumbuhan lebih 45 pondok berdaftar di seluruh negeri yang mempunyai lebih 5,000 pelajar untuk terus dipertahan,” katanya ketika berucap pada Amanat Khas sempena 32 Tahun Pentadbiran Membangun bersama Islam di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

    Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Speaker DUN Dato’ Abdullah Yakob, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nazran Muhammad dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri.

    Menteri Besar juga berkata, pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) bernilai RM74 juta di Sungai Bagan, Machang dekat sini memberi impak yang besar.

    Menurutnya juga projek tersebut mampu mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 3,500 tenaga kerja, selain selari dengan Dasar Pembinaan Negara 2030.

    “Selain itu kerjasama dengan agensi kerajaan antaranya Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) turut merancakkan lagi pembangunan Kelantan.

    “Sehingga Julai ECER berjaya menarik pelaburan sebanyak RM6.3 bilion serta mewujudkan 1,724 pekerjaan dan 430 peluang peniagaan,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUMNO bukan mahu bantu rakyat, tetapi mahu selesaikan masalah ‘kluster mahkamah’
    Next Article Calon ditampilkan PN bersih isu integriti, disenangi, boleh berkhidmat
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.