Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PN beri laluan kepada Shahidan di Arau
    PRU-15

    PN beri laluan kepada Shahidan di Arau

    adminBy admin02/11/2022Updated:02/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    ARAU | Perikatan Nasional (PN) negeri mengesahkan memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim mewakili gabungan tersebut di Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

    Pengerusinya PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, laluan akan diberikan kepada Shahidan dan kini mereka hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada Pas pusat yang sudah mengadakan perbincangan berhubung soal itu.

    Katanya, nama calon kerusi Parlimen Arau yang sepatutnya diwakili oleh calon Pas dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan mengenai perkara itu masih berjalan.

    “Berdasarkan situasi sekarang, kita akan beri laluan kepada Shahidan yang merupakan calon boleh menang dan apa yang penting adalah memenangi sebanyak mana kerusi pada PRU15,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Semalam, Shahidan yang digugurkan sebagai calon Parlimen Arau mengesahkan akan bertanding di kawasan berkenaan dengan platform parti politik yang bakal diwakilinya akan ditentukan dalam masa terdekat.

    Berdasarkan bayangan akan mewakili parti yang mempunyai semangat perpaduan ummah, PN dijangka menjadi pilihan Shahidan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan sejak empat penggal.

    Dalam pengumuman calon Barisan Nasional (BN) semalam, bekas Naib Ketua Bahagian UMNO, Datuk Rozabil Abd. Rahman dinamakan sebagai calon Parlimen Arau sekali gus menggantikan Shahidan di kubu beliau itu.

    Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

    Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din (bekas) dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

    Tambah Mohd. Shukri, penyokong Pas dan PN tidak ada masalah dan sedia mengundi Shahidan di Parlimen Arau.

    “Penyertaan Shahidan di Parlimen Arau akan membuka lebih peluang kepada PN menang di kawasan berkenaan,” kata Pesuruhjaya Pas negeri itu. – UTUSAN

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN tandingi 169 kerusi Parlimen, 116 DUN
    Next Article Senarai penuh calon Parlimen Perikatan Nasional untuk PRU15
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.