Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Umno Langkawi terasa dilayan bagai sampah oleh Zahid
    PRU-15

    Umno Langkawi terasa dilayan bagai sampah oleh Zahid

    adminBy admin02/11/2022Updated:02/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Umno bahagian Langkawi menyatakan rasa sedih dan kecewa susulan nama calon yang dicadangkan mereka gagat menambat hati pemimpin tertinggi parti untuk menghadapi PRU.

    Ketuanya Nawawi Ahmad berkata apabila nama calon dari luar barisan kepimpinan bahagian dipilih, ia secara langsung melemahkan jentera di peringkat akar umbi untuk bekerja sekali gus.

    Katanya tindakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memilih calon lain menjadikan Umno Langkawi berasa mereka seolah-olah tidak dihargai.

    “Kami sudah bekerja lebih empat tahun untuk menghadapi PRU ke-15 ini, malah culaan bahagian juga mendapati Umno mampu untuk merampas Parlimen Langkawi.

    “Tetapi apabila presiden Umno pilih calon dari luar, saya lihat peluang untuk menang itu semakin pudar.

    “Presiden tidak pilih seorang pun daripada lima nama yang kami cadangkan, tetapi pilih orang luar yang bukan anak jati Langkawi.

    “Perwakilan bahagian rasa kami macam sampah di mata presiden,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    Orang tempatan kecewa

    Terdahulu BN mengumumkan untuk mempertaruhkan calon muka baru, Armishah Siraj, untuk cuba menguasai kembali kerusi Langkawi yang ditawan Dr Mahathir Mohamad pada 2018.

    Ketika itu Mahathir merupakan pemimpin tertinggi Bersatu merangkap pengerusi PH. Kali ini bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu sudah mengumumkan rancangannya untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

    Mahathir kini menjadi pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

    Amirshah, 58, tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Umno bahagian di pulau pelancongan berkenaan. Namun dia pernah menjadi setiausaha sulit kanan kepada tiga menteri besar Kedah.

    Mereka ialah Syed Razak Syed Zain, Ahmad Bashah Md Hanipah dan Muhammad Sanusi Md Nor.

    Zawawi berkata, rasa tidak senang atas pemilihan calon itu bukan saja dirasai oleh pemimpin di peringkat bahagian, malah dalam kalangan ahli akar umbi.

    Sebelum ini, katanya, hasil tinjauan pihaknya, Umno Langkawi masih mempunyai 35 peratus jumlah pengundi tegar namun jumlah berkenaan dijangka semakin berkurangan ekoran perkembangan semasa.

    “Saya tak mahu kata apa dengan pilihan presiden, tetapi luahan ini daripada barisan ahli yang kecewa.

    “Sepatutnya kita boleh menang walaupun berdepan Dr Mahathir kerana pertandingan paling kurang empat penjuru.

    “Lagi pun kami dapati orang tempatan kecewa dengan perkhidmatannya kerana susah orang kampung nak jumpa dia. Itu yang berlaku apabila bukan orang tempatan dipilih,” katanya. SUMBER: MALAYSIAKINI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article‘PAS, Bersatu pun sokong saya, awak tafsirlah sendiri’
    Next Article Anak Najib jadi calon BN di Peramu Jaya
    admin
    • Website

    Related Posts

    Penduduk Melayu Tioman tolak kerjasama BN-PH

    28/11/2022

    Muhammad Fawwaz harap PM tak ‘pinggirkan’ Permatang Pauh

    27/11/2022

    Ini bukan Kerajaan Perpaduan, tetapi kerajaan PH

    27/11/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.