KOTA BHARU | Perikatan Nasional (PN) Negeri Kelantan hari ini mengumumkan calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi PN negeri, Datuk Ahmad Yakob berkata, daripada 14 calon yang disenaraikan, sembilan daripadanya adalah daripada parti PAS dan lima BERSATU.
Beliau berkata, calon yang disenaraikan pada malam ini adalah calon yang sudah melalui tapisan yang telah ditetapkan.
“InsyaAllah, calon yang kita ketengahkan ini adalah calon yang boleh menang dan sudah melalui tapisan yang dibuat oleh PAS dan BERSATU.
“Saya turut menyeru pengundi luar supaya balik untuk mengundi, tunaikan kewajipan yang hanya berlangsung lima tahun sekali sahaja,” katanya ketika Majlis Perisytiharan Calon PRU15 PN negeri Kelantan di Dataran Warisan, Stadium Sultan Muhammad VI, di sini, hari ini.

Berikut adalah senarai calon PN Kelantan.
P019 TUMPAT-
Datuk Hajah Muntaz Mat Nawi (PAS)
P020- PENGKALAN CHEPA –
Datuk Marzuk Shaary (PAS)
P021- KOTA BHARU-
Datuk seri Takiyuddin Hassan (PAS)
P022- PASIR MAS
Ahmad Fadhli Shaary (PAS)
P023-RANTAU PANJANG
Datuk HJh Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS)
P024- KUBANG KERIAN
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS)
P025- BACHOK-
Mohd Syahir Che Sulaimam (PAS)
P026- KETEREH
Datuk Khlir Mohd Nor (BERSATU)
P027-TANAH MERAH
Datuk Seri Ikmal Hisyam (BERSATU)
P028- PASIR PUTEH-
Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)
P029- MACHANG-
Wan Ahmad Fayhsal (BERSATU)
P030- JELI
Zahari Kechik (BERSATU)
P031- KUALA KRAI
Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman (PAS)
P032- GUA MUSANG-
Mohd Azizi Abu Naim (BERSATU)