KUALA LUMPUR | Perikatan Nasional (PN) komited untuk menawarkan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.
Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjuangan beliau melawan rasuah ini telah dibuktikan melalui sejarah yang panjang.
“Saya dibuang daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana saya berjuang melawan golongan yang menyalahgunakan kuasa demi poket sendiri.
“Menjadi impian saya melihat Malaysia dikemudi oleh barisan kepimpinan yang bebas daripada jenayah rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa.
“Hal ini diterjemahkan dengan “Aku Janji Integriti Calon” PN,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga Presiden BERSATU berkata, Insya-Allah PN komited untuk menawarkan kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil.