KOTA BHARU: Calon Perikatan Nasional (BN) bagi Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal meminta maaf kepada semua ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana telah menggunakan kata-kata yang kurang sopan.
Katanya, beliau amat kesali perkara ini dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
“Beberapa ciapan lama saya di Twitter digunakan untuk menyerang saya. Saya amat kesali perkara ini dan akan lebih berhati-hati di masa hadapan.
“PAS sebagai wadah perjuangan Islam dalam PN telah membuktikan komitmen terhadap pemerintahan prihatin, bersih dan stabil di bawah prinsip amal makruf serta nahi munkar.

“Saya akan terus bersama dengan PN dan PAS untuk memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan untuk rakyat Kelantan dan Malaysia, menurut tuntutan Islam,” katanya menerusi kenyataan di sini.
Menurutnya, segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala yang buruk adalah dari dirinya sendiri.