Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PN hendak bentuk kerajaan baik, amanah dan tanggungjawab
    Politik

    PN hendak bentuk kerajaan baik, amanah dan tanggungjawab

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali04/11/2022Updated:04/11/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA BESAR | Perikatan Nasional (PN) hendak membentuk sebuah kerajaan yang baik, beramanah, bertanggungjawab, prihatin tentang nasib rakyat, yang tahu denyut dan nadi rakyat.

    Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mampukah PN membentuk kerajaan selepas 19 November ini?

    “Moga kita mampu kerana jika berjaya, kita akan dapat meneruskan kerja-kerja mengurus hal rakyat yang belum selesai, sewaktu 17 bulan pemerintahan PN, ketika saya menjadi Perdana Menteri.

    “Paling utama adalah ‘bread and butter issues’ iaitu perkara-perkara pokok menyentuh soal kehidupan rakyat yang akan menjadi agenda utama PN jika kita menang,” katanya menerusi kenyataan di sini.

    Terdahulu, beliau menghadiri Jelajah Prihatin Parlimen Sungai Besar P.093 di Dataran Desa Permai, Sungai Besar, Selangor, malam tadi.

    Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, pertemuan beliau dengan penduduk Sungai Besar khususnya pengundi di kawasan ini adalah amat penting untuk memberi maklumat tentang situasi negara yang kritikal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi.

    “Mesti ada kesedaran dan tanggungjawab serta ‘sense of urgency’ untuk tidak berlengah dalam memastikan masalah mereka dapat diselesaikan secepat mungkin.

    “Negara kita belum pulih sepenuhnya daripada pandemik COVID-19. Jika kerajaan yang dibentuk selepas PRU-15 tidak tahu mengenai nasib rakyat, maka keadaan akan menjadi lebih sukar.

    “Manifesto PN menjadikan tiga perkara pokok sebagai agenda utama iaitu Prihatin, Bersih, Stabil (PNBEST),” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleCiapan lama tular, Wan Ahmad Fayshal mohon maaf pada PAS
    Next Article PRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik
    Hidayah Azali

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.