Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PN Perlis sasar menang sembilan kerusi DUN
    PRU-15

    PN Perlis sasar menang sembilan kerusi DUN

    adminBy admin04/11/2022Updated:04/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KANGAR | Pakatan Nasional (PN) Perlis menyasarkan sekurang-kurangnya menang sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Perlis ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh.

    Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kemenangan kerusi DUN yang ‘solid’ akan memudahkan gabungan parti itu untuk merancang dan melaksanakan semua manifesto jika diberi mandat membentuk kerajaan negeri.

    Banyak kajian dibuat mendapati tiada parti yang boleh berdikari selepas pilihan raya ini. Kita akan tunggu keputusan pusat, sama ada terdapat keperluan untuk penyatuan (kerajaan campuran) mentadbir Perlis.

    “Secara peribadi, seboleh-bolehnya tidak mahu dengan PH (Pakatan Harapan). Kita harap rakyat dapat memberi sokongan kepada PN untuk mentadbir negeri,” katanya selepas Majlis Perisytiharan Calon PRU15 Peringkat Nasional Negeri Perlis, pada Khamis.

    Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri menafikan kekosongan dua kerusi DUN Kayang dan Sena mempunyai kaitan dengan penyandang Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

    “Saya ada berjumpa dengan beliau tetapi kami tiada apa-apa rundingan dengan Zahidi,” ujarnya.

    Terdahulu, Mohd Shukri mengumumkan 16 calon PN pada PRU15 dan dua lagi akan diumumkan pada Jumaat.

    Pengumuman itu sekali gus mengesahkan Datuk Seri Shahidan Kasim akan bertanding kerusi Parlimen Arau menggunakan tiket PN.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePRU15: Bantuan rakyat mesti bebas simbol politik
    Next Article Berikut senarai terkini calon PN Perlis PRU15
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.