Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 4 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Bekas pemimpin Umno iringi calon PAS Pengkalan Chepa
    PRU-15

    Bekas pemimpin Umno iringi calon PAS Pengkalan Chepa

    adminBy admin05/11/2022Updated:05/11/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Bekas ahli jawatankuasa Umno dan Wanita Bahagian Pengkalan Chepa turut hadir mengiringi calon PAS mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) parlimen Pengkalan Chepa Dato’ Ahmad Marzuk Shaary.

    Mereka sebahagian daripada bekas pimpinan Umno bahagian dan cawangan yang turut menyertai perarakan bagi memberi sokongan kepada Ahmad Marzuk.

    Mereka menyertai Bersatu tahun lalu kerana tidak berpuas hati terhadap pimpinan Umno Pengkalan Chepa yang dianggap tidak cakna terhadap kesusahan rakyat.

    Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Pengkalan Chepa, Che Mk memberi sokongan kepada calon PN.

    Beliau berharap kemenangan kepada calon PAS dan Bersatu yang mewakili PN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, 19 November ini ini.

    “PRU-15 ini amat penting dan kemenangan calon-calon yang bersih amat penting untuk menerajui negara,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Penamaan Calon di Institut Pendidikan Guru dekat sini.

    Ketua Srikandi Bersatu Cawangan Simpang Tiga Pengkalan Chepa, Hasnah Daud pula meminta rakyat menolak calon BN kerana mereka merupakan calon pilihan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Katanya, sewajarnya pengundi memilih calon yang bersih yang tidak pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah dan salah guna kuasa.

    “Kita kena pastikan pemimpin yang bersih untuk menerajui kepimpinan negara kerana mereka yang akan menjaga kesejahteraan dn kepentingan negara dn rakyat,” ujarnya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDua lelaki ditahan, 18,000 pil yaba dirampas
    Next Article Ustaz Kamal dicabar tiga calon lain di Kuala Krau
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.